Wednesday, March 6, 2019

Sijil MUET hilang ? What to do?

Hi semua. Kisahnya macam ni, baru2 ni UPU dah buka permohonan untuk masuk Degree. One of the requirements kene bagi sijil MUET. Aku cari2 sijil MUET tak jumpa kat dalam rumah ni. So aku aggap hilang lah.

WHAT I DO BILA SIJIL MUET HILANG?

-search google ‘sijil muet hilang’. Nanti akan keluar laman web MPM , kat situ ada borang permohonan untuk salinan sijil MUET. Borang tu ada 2, satu penyata sijil muet, satu lagi salinan sijil muet something like that lah. Tak ingat. Tapi ada dua lah. Aku ambil yang salinan sijil MUET tu. Sebab orang kata kalau ambil penyata tu tak valid untuk apply Degree. Pilih antara salah satu borang je k jangan ambil dua2 pulak.
-lengkapkan borang tersebut. Dalam borang tu dah ada list perkara  yang diperlukan daripada MPM. So kita sediakan je apa yang MPM tu nak mengikut borang tu.
-antara perkara MPM nak
a) sampul surat berukuran 32.2cmx23cm (size A4)
b) sampul surat besar sikit dari A4
b) wang pos bernilai RM40 atas nama MPM (pergi pejabat pos mintak borang wang pos)
c) setem RM2
d) salinan IC yang disahkan (maksud disahkan mesti ada cop penghulu atau pegawai kerajaan gred A)
e) Bar code Posdaftar dalam negeri bernilai RM2.20 (cakap sebijik2 kat kaunter pos mcm ni)
f) setem RM1



Borang permohonan sijil muet yang diambil dalam laman web MPM



Nak beli wang pos, org kaunter tu akan bagi borang dulu untuk kita isi maklumat kita. So isi dulu, kemudian pulang semula pada dia. Baru dia bagi kita wang pos yang dah dicop and lengkap.


Ni lah rupa wang pos yang sebenar bila kita dah siap isi borang tadi. So kita kene isi pulak maklumat dalam wang pos ni. Bahagian depan nama MPM, bahagian belakang maklumat kita. Hati-hati, wang pos ni tak valid kalau ada koyakan, konyokan, liquid, potongan atau apa2 kekotoran. 






-sediakan sampul surat besar sikit dari A4 tadi dan tulis nama dan alamat MPM (alamat dia ada kat dlm borang pernohonan). Belah kanan atas tampal setem RM1.
-Sediakan sampul surat berukuran 32.2cmx23cm(ukuran A4) dan tulis nama kita dan alamat kita bahagian depan sampul surat, belah kanan atas letak setem RM2, belah kiri bawah tampal Barcode posdaftar guna gam. Jangan bukak pulak sticker barcode tu. 


FINAL STEP!!!!

-Di salam sampul surat yang besar sikit dari A4 tu, letak sampul surat ukuran 32cmx23cm, borang permohonan, salinan ic yang disahkan, wang pos. Siap!!!!

Dah boleh pos. Dan tunggu sijil muet sampai rumah. Apa2 soalan tanya di bahagian komen ye.