Wednesday, September 25, 2019

Tak dapat UPU ? Nak mohon direct intake universiti? Cara-caranya.



Dont worry guys. Been there done that. Saya pun tak dapat UPU jugak mula2 macam korang. Berbekalkan cgpa 3.33 sahaja. Sis akhirnya lepas masuk ke universiti awam. Alhamdulillah.

First intake upu: GAGAL
Second intake upu: GAGAL
Third intake upu: LULUS

Dengan cgpa 3.33 sahaja kalau ikutkan susah sangat nak dapat course yang saya mintak ni which is Sarjana Muda Perakaunan. Ramai sangat2 orang2 akaun yang lebih pandai dari sis tapi saya antara golongan yang terpilih untuk masuk ke Uni ni.

STEP 1: ISI UPU

Nak buat rayuan Universiti. Make sure, Uni tu ada dalam senarai UPU korang. Sebab waktu saya buat rayuan dulu. Orang tu tanya, Uni ni saya letak pilihan ke berapa? I think they preferred people yang letak Uni diorang first or second choice kot. Sebab iolls dulu letak Uni tu 2nd choice. Not so sure about this.


STEP 2: SEDIAKAN SURAT RASMI RAYUAN KE UNIVERSITI

Fatimah Binti Kamil,
No.6, Jalan Pinggiran Temerloh Damai,
28000 Ipoh,
Perak.

(letak garis panjang kat sini. dlm blog ni taktahu kenapa garis hilang)

Prof. Madya Dr. Rose Shamsiah binti Samsudin (Sila ikut Dekan fakulti masing2)
Dekan,
Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy,
Kolej Perniagaan,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Changlun,
Kedah Darul Aman,
         02 Sept 2019

Puan,

PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI PERINGKAT  IJAZAH SARJANA MUDA


Merujuk perkara di atas, saya Fatimah Binti Kamil, No I.C 980106-08-2244 memohon agar terpilih dalam tawaran Program Pengajian Sarjana Muda Perakaunan ambilan September 2019.

2.         Saya merupakan pelajar lepasan Diploma 2019 dan saya telah mendapat keputusan  iaitu PNGK 3.33 dalam jurusan Perakaunan.

3.         Saya telah membuat permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU. Dukacitanya, permohonan saya untuk memasuki ke mana-mana universiti awam di Malaysia tidak diterima. 
      
4.         Di sini saya turut melampirkan dokumen-dokumen akademik dan kokurikulum untuk rujukan pihak puan. Oleh itu, saya amat berharap rayuan saya ini dipertimbangkan. Jika diberi peluang, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak puan amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………...............
(Fatimah azzahra)
No.telefon: 0138299328

(Sila guna font Times New Roman, size 12, dan jangan sengetkan tulisan mcm skrg)

STEP 2: SEDIAKAN DOKUMEN SOKONGAN
  • transkrip
  • sijil spm
  • surat tamat belajar (diploma)
  • sijil muet
  • sijil koko (yang rasa perlu)
  • dan bagi jelah sijil2 yang korang rasa nak bagi
  • (Semua dokumen ni bagi yang salinan sahaja bukan yang original)
STEP 3: WALK-IN KE UNIVERSITI PILIHAN ANDA

Ramai yang silap bahagian ni. Diorang datang jumpa kerani bahagian mana and end up dia nak taknak je layan. TIPS dia. Korang pergi fakulti course korang mintak. Jumpa Dekan kepada fakulti tu sendiri. Hands out sendiri kat Dekan tu. Saya pergi walk-in ni lepas saya gagal rayuan UPU yang kedua tu. 

Last time, kerani kat pejabat dekan tu ada cakap kat saya dia boleh tolong passkan pada dekan tu sendiri dokumen tu. Tapi saya cakap saya taknak. Saya nak jumpa sendiri dekan tu and willing to wait lama kat situ. 


My friend ada jugak mintak tolong hantarkan surat rayuan tu kepada Uni saya pergi tu and cgpa dia lagi gempak dari sis. Kitaorang mintak course sama kot. But, end up. Saya sorang je dapat, dia tak dapat. 

2 possibility on why i got into Uni and why my friend didnt
  • Sebab saya walk-in sendiri kat Uni tu and my friend didnt
  • Sebab saya letak uni tu dalam UPU (2nd choice) and my friend didnt

Last but not least, semua ni bergantung pada rezeki masing2. Sebab mula2 jumpa dekan, korang tahu dekan tu cakap apa?? Untuk kos Sarjana Muda Perakaunan, kita ambil yang cgpa 3.8 ke atas je or at least 3.7 sebab Uni kita ni ada link with ACCA. Korang tahu punya luluh hati sis time tu datang jauh2 Dekan tu cakap mcm tu je :( btw, Uni yang sis mintak ni bukan UUM. But other Uni tau. Any questions, tanya di komen box di bawah.


2 comments:

  1. kalau sy walk in utk usm , boleh ke ? sbb masa pilih upu tk dpt tapi kalau tgk requirement pass je

    ReplyDelete
  2. Casinos near me, NV - Mapyro
    Find 파주 출장안마 Casinos near me, NV 김제 출장안마 near me, NV and other places to play. 811 Casino Ave, Near the 거제 출장샵 Strip, Near the 부천 출장샵 Rio All-Suite Hotel and Casino. 광명 출장안마

    ReplyDelete